Thursday, February 5, 2009

EPILOG KITA

”EPILOG KITA”

Ingatkah lagi kalian,
Di saat kita semua bersama,
Berteriakan menyorak pada dunia,
Atas nama nafsu remaja……

Sering kita bersama,
Berjalan diatas landasan persahabatan,
Walaupun jauh,
Foto-foto kenangan tidak akan pudar warnanya…….

Riuh tawa hilai memekakan telinga,
Merupakan lagu yang terindah,
Bersama kita senandungkan,
berpanjangan mengiringi hari ke hari……

Jeritan luka kongsian bersama,
Merupakan sejuta rahsia,
Hanya kepercayaan yang dapat mengungkapnya,
Bersama kita harungi nostalgia merobek hati…………

Ingatkah lagi kalian ?
Tika kita memonopoli lantai dangsa,
Bersama kita melepaskan segala beban,
Kesatuan cinta dari persahabatan kita,
Membuat mata-mata cemburu,
Melihat kita bersama riang berfoya-foya……

Jauh tidak bererti terpisah,
Dekat tidak bereti berkekalan,
tetapi persahabatan ini tetap ada,
Walau masa membawa kita pergi,
Mencapai kesempurnaan dalam dunia kosmopolitan
,

Monday, February 2, 2009





TIDAK AKAN PERNAH



huh~andai sahaja mendungnya awan kali ini bukan himpunan air tapi cinta,

aku mohon dengan sanggat......curah kan lah sedikit saja pada ku,

agar aku dapat merasa apa yang mereka rasakan........

andai saja setitis hujan jatuh dari kelompok awan itu,

akan aku cuba sedaya upaya menyimpan nya ke dalam balang,

akan ku jaga sedaya upaya supaya ia tidak akan kering,

kerna aku telah berkurun mengemis kasih,

dari jiwa-jiwa yang ku tatap selama humbus nafas ini.......



hurm.........

tapi sayang,

ianya hanya sebuah harapan,semuanya hanya andaian,

aku membuka mata ku merenung tepat ke luar jendela,

menimbulkan tanda tanya?

adakah semua,segalanya,dan seluruhnya,

tak akan terjawab segala tentang-tentang?










AKU UCAD

‘Ucad”
itu nama aku di legar maya ini.
Aku tulis apa yang aku mahu tulis,
Ya,
Mungkin tentang kamu,dia,mereka???
Faham-faham sahaja lah kawan!.
Aku merahsiakan apa yang igin aku nyatakan,
Kerana aku menulis tentang aku….
Bagi siapa yang sudah kenal siapa aku,
Tolong, aku mohon rahsiakan laman ini dr insan lain

Diari aku,
Diri aku,
Peribadi ku,
Sebelum segala sesuatu terjadi,
Aku igin memohon sejuta kemafaan,
Jika ada salah silap,terasa atau terkasar bahasa,
Kerana aku hanya insan biasa yang punya perasaan,

Aku hidup bersederhana tempat lahir ku Johor Bahru,
bertemankan keluarga yang sibuk,
Dan sahabat yang ghaib saat aku perlu,
Hari-hari aku ditemani raga ku,
sudah tiada siapa lagi untuk ku harapkan….

Pena sahabat baik aku,
Selalu ada tersimpan dalam kocet ku,
Temani aku dalam berjuta rasa,
MR.Teddy doctor kanseling aku,
Selalu mendengar segala luahan aku,
Laptop ubat luka aku,
Memperluaskan mata aku pada dunia,
Memperdendangkan lagu persis hidup ku…

Aku tak pernah bercinta,
I’m single mingle rectangle,
Hidup aku kosong….
Mungkin itu lah yang membuat diri ku agak puitis,
Aku bukan si geliga sastrwati,
Atau si inovatif penulis,
Aku Cuma sepi,