Monday, February 2, 2009

AKU UCAD

‘Ucad”
itu nama aku di legar maya ini.
Aku tulis apa yang aku mahu tulis,
Ya,
Mungkin tentang kamu,dia,mereka???
Faham-faham sahaja lah kawan!.
Aku merahsiakan apa yang igin aku nyatakan,
Kerana aku menulis tentang aku….
Bagi siapa yang sudah kenal siapa aku,
Tolong, aku mohon rahsiakan laman ini dr insan lain

Diari aku,
Diri aku,
Peribadi ku,
Sebelum segala sesuatu terjadi,
Aku igin memohon sejuta kemafaan,
Jika ada salah silap,terasa atau terkasar bahasa,
Kerana aku hanya insan biasa yang punya perasaan,

Aku hidup bersederhana tempat lahir ku Johor Bahru,
bertemankan keluarga yang sibuk,
Dan sahabat yang ghaib saat aku perlu,
Hari-hari aku ditemani raga ku,
sudah tiada siapa lagi untuk ku harapkan….

Pena sahabat baik aku,
Selalu ada tersimpan dalam kocet ku,
Temani aku dalam berjuta rasa,
MR.Teddy doctor kanseling aku,
Selalu mendengar segala luahan aku,
Laptop ubat luka aku,
Memperluaskan mata aku pada dunia,
Memperdendangkan lagu persis hidup ku…

Aku tak pernah bercinta,
I’m single mingle rectangle,
Hidup aku kosong….
Mungkin itu lah yang membuat diri ku agak puitis,
Aku bukan si geliga sastrwati,
Atau si inovatif penulis,
Aku Cuma sepi,

No comments:

Post a Comment